Friday, September 2, 2011

Review Produk : Set Bersalin Nona Roguy memang terbaik



Saya nak share informasi produk ni yang saya dah pakai 2 kali semasa berpantang untuk puteri dan putera saya.Now saya mengandung untuk kali ketiga..sudah pasti saya akan memilih set bersalin ini disebabkan kelebihannya..


Kelebihan Set Bersalin NR
  • Terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan.
  • Set ini melawaskan pembuangan air besar dan menyingkirkan  timbunan lemak air yang berlebihan supaya berat anda turun dengan lebih cepat dan teratur.
  • Ia juga  mempercepatkan penyembuhan luka jahitan supaya ibu terhindar dari risiko jangkitan kuman di samping membantu melancar dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.
  • Mudah di pakai sewaktu berpantang.
  • Ubat yang terkandung di dalam set bersalin NR ini adalah dalam bentuk yang lebih moden seperti tablet, pek uncang dan juga krim supaya mudah di gunakan sewaktu bersalin dan boleh di sediakan sendiri.
  • Hanya menggunakan herba yang berkualiti.
  • Mutu dan khasiat herba di saring dengan proses pengilangan yang ketat supaya ibu yang baru bersalin dapat pemulihan secara total.
  • Selamat di makan.
  • Set Bersalin NR ini juga di luluskan oleh Kementerian Kesihatan. Ini supaya kesihatan ibu yang baru bersalin adalah terjamin dari sebarang kesan sampingan yang memudaratkan ibu dan bayi.
  • Set Bersalin yang lengkap.
  • Set Bersalin NR lengkap dengan rawatan luaran dan dalaman supaya anda  tak perlu pening kepala memikirkan apa barang yang patut anda ada semasa berpantang. 
  • Barangan penjagaan yang bersifat dwi-fungsi.
  • Tidak seperti set bersalin yang lain, barangan yang terdapat di dalam set bersalin NR  adalah pelbagai guna . Contohnya Minyak Herbanika boleh di gunakan sebagai minyak urut, pengganti pilis,ubat luka dan penyegar kepala dari rasa pening. 

Anda mungkin berkata itu sajakah kelebihan set bersalin NR?
Oopss nanti dulu kerana saya masih belum mendedahkan banyak lagi faedah sampingan menggunakan set bersalin NR  ini.

Faedah sampingan
  • Lebih  menjimatkan wang and
  • Membeli secara set sebenarnya lebih murah berbanding membeli secara berasingan.Duit anda yang berlebih tu bolehlah anda gunakan untuk membeli barang keperluan yang lain atau simpan saja di bank!.
  • Menjimatkan masa dan tenaga anda .
  • Semasa mengandung anda  tak perlu  membuang masa memilih dan bertanya kepada penjual yang mungkin seorang yang tidak mahir dengan persediaan bersalin. Anda boleh gunakan masa yang terluang itu untuk berehat sambil menonton TV!
  • Selepas bersalin pun  anda dapat lebih banyak masa untuk berehat dan bermain dengan bayi anda sebab si comel anda pasti kenyang dengan pengeluaran susu yang lancar dan tidur lena.Masa inilah saja anda dapat meluangkan masa anda sepenuhnya sebelum mula bekerja semula. 
  • Anda boleh elakkan pembaziran.
  • Oleh kerana barangan yang terkandung di dalam set ini adalah pelbagai guna, ia juga boleh di pakai untuk kesihatan dan kecantikan anda walaupun anda telah habis tempoh berpantang.Jangan membazir!
  • Keanggunan anda pasti terserlah
  • Anda pasti kelihatan lebih muda dan bergaya dengan set bersalin NR  kerana anda mendapat khasiat penjagaan dan pemakanan yang tinggi selepas bersalin.
  • Bolehlah anda menggayakan baju kebaya yang telah lama anda gantung dalam almari
  • Pasangan anda pasti kagum
  • Beliau pasti lebih menyayangi anda kerana mendapat seorang isteri yang mementingkan kesihatan dan kecantikan walaupun telah berkahwin dan mempunyai anak.
  • .................dan banyak lagi

No comments:

Post a Comment