Tuesday, September 13, 2011

Anugerah Skrin : Berkalung Noda

Memang seronok tengok citer ni..dari 5 bintang ,saya bagi 3.5 bintang sebab saya dah tahu ending nyer macam mane.( biasa la citer melayu)

Review Sikit Drama Berkalung Noda]

Fasha Sandha sebagai Karina adalah seorang isteri kepada Azrai, lakonan Roy.. Mereka dikurniakan dua oarang cahaya mata bernama Yasmin dan Azmin.. Mak Mah antara orang yang bertanggungjawab menjaga makan minum keluarga tersebut serta menjadi pengasuh kepada dua beradik itu.. Pertemuan Karina dengan Jay lakonan Riz Ainuddin bermula di sebuah restoran dan kemudian mereka sering bertemu.. Jay juga sudah berumahtangga dan mempunyai seorang isteri, Tini (Elyana).. Jay terkenal sebagai seorang 'gigolo'.. Dia bijak mempergunakan wanita untuk kepentingan dirinya dan segala wang yang diterima, turut diberikannya kepada Tini.. Kebodohan wanita bernama Karina terserlah apabila dia sanggup menghadiahkan sebuah kereta dan membeli sebuah rumah sebagai tempat untuk melepaskan nafsu mereka semata-mata.. Sejak itu, Karina mula bersikap dingin dan anak-anak langsung tak diendahkan.. Azrai menelefon Karina untuk memberitahu tentang kepulangannya dalam beberapa hari lagi, namun dalam masa yang sama, sebenarnya Azrai telah pun kembali ke tanah air setelah selesai urusan kerjanya di luar negara.. Dia enggan memberitahu hal sebenar kerana ingin menyiasat tentang isterinya.. Karina dan Jay telah ditangkap khalwat di rumah mereka dan kemudian Karina telah ditahan reman.. Setelah keluar, Karina balik ke kampung dan ayahnya telah meninggal dunia, manakala emaknya pula sakit.. Adik Karina pula telah menghalaunya dan sejak itu Karina menjadi seorang yang tidak waras.. Penamatnya, Karina telah kemalangan dilanggar oleh Jay..

*Banyak pengajaran cerita ini cumanya aku tak puas hati dengan watak Jay yang tak dapat balasan dari segala perbuatannya.. Huhh! Watak Karina gila pulak terlalu panjang aku rasa.. Bosan plak tunggu ending..

No comments:

Post a Comment